Tuesday 28 February 2012

Teddy Bear Hadiah Untuk Kanak-Kanak Pra-Sekolah…

Bagi para ibu, memilih barang permainan yang bersesuaian contohnya teddy bear yang boleh dipilih mengikut peringkat umur anak-anak adalah sangat PENTING..!!!  Ini kerana ramai di antara para ibu sering keliru alat permainan yang manakah sesuai bagi peringkat umur anak mereka..oleh itu, para ibu perlu sedikit sebanyak menambah ilmu pengetahuan dengan pembacaan buku psikologi perkembangan kanak-kanak. Ia dapat membantu para ibu membuat pemilihan yang tepat dalam membeli alat permainan yang sesuai bagi anak-anak mereka.
 Dibawah ini saya cuba senaraikan perkara yang diminati oleh kanak-kanak dan alat permainan yang dicadangkan mengikut peringkat umur kanak-kanak..
Peringkat umur/ perkara yang diminati
Alat permainan yang dicadangkan
Bayi (bawah setahun)
·        Menyanyi dan bercakap dengan bayi
·        Muzik
·        Gunaan permainan yang boleh digerakkan warnanya
·        Namakan anggota tubuh, makanan, buah-buahan, warna dan sebagainya
·        Dengarkan bunyi binatang
·        Bacakan buku kepada bayi
·        Cermin yang tidak pecah
·        Loceng
·        Mainan blok
·        Alat permainan berwarna
·        Teeter
·        Barangan yang boleh di tolak dan tarik
Kanak-kanak (2  hingga 4 tahun)
·        Memerlukan ruang untuk bermain dan meneroka
·        Suka meniru perbuatan orang lain
·        Sukai kotak pasir, padang permainan dan air
·        Hadkan masa menonto televisyen
·        Bacakan buku untuk mereka
·        Barangan yang boleh ditolak dan tarik
·        Bola
·        Penyodok
·        Alat muzik
·        Patung
·        Puzzle
Pra sekolah
·        Galakkan bermain dengan kanak-kanak lain
·        Bacakan buku kepada mereka
·        Bawa mereka ke taman, pantai untuk meneroka dengan lebih luas
·        Atur masa menonton televisyen sebaik-baiknya
·        Teddy bear
·        Rumah mini
·        Trak, kereta, kapal terbang
·        Permainan tukar-tukar baju
·        Permainan kerjaya (doktor, juru rawat, cikgu dll)
·        Buku
·        Alat-alat seni
                                                          Sumber : majalah Nur (2012)
Oleh itu, teddy bear amat sesuai untuk dijadikan barang permaianan bagi kanak-kanak dan pelbagai peringkat umur. Maka jika ANDA BERMINAT boleh la melayari blog kami dan facebook kami yang menyediakan pelbagai jenis produk berasaskan teddy bear !!!!!