Tuesday 28 February 2012

Teddy Bear Hadiah Untuk Kanak-Kanak Pra-Sekolah…

Bagi para ibu, memilih barang permainan yang bersesuaian contohnya teddy bear yang boleh dipilih mengikut peringkat umur anak-anak adalah sangat PENTING..!!!  Ini kerana ramai di antara para ibu sering keliru alat permainan yang manakah sesuai bagi peringkat umur anak mereka..oleh itu, para ibu perlu sedikit sebanyak menambah ilmu pengetahuan dengan pembacaan buku psikologi perkembangan kanak-kanak. Ia dapat membantu para ibu membuat pemilihan yang tepat dalam membeli alat permainan yang sesuai bagi anak-anak mereka.
 Dibawah ini saya cuba senaraikan perkara yang diminati oleh kanak-kanak dan alat permainan yang dicadangkan mengikut peringkat umur kanak-kanak..
Peringkat umur/ perkara yang diminati
Alat permainan yang dicadangkan
Bayi (bawah setahun)
·        Menyanyi dan bercakap dengan bayi
·        Muzik
·        Gunaan permainan yang boleh digerakkan warnanya
·        Namakan anggota tubuh, makanan, buah-buahan, warna dan sebagainya
·        Dengarkan bunyi binatang
·        Bacakan buku kepada bayi
·        Cermin yang tidak pecah
·        Loceng
·        Mainan blok
·        Alat permainan berwarna
·        Teeter
·        Barangan yang boleh di tolak dan tarik
Kanak-kanak (2  hingga 4 tahun)
·        Memerlukan ruang untuk bermain dan meneroka
·        Suka meniru perbuatan orang lain
·        Sukai kotak pasir, padang permainan dan air
·        Hadkan masa menonto televisyen
·        Bacakan buku untuk mereka
·        Barangan yang boleh ditolak dan tarik
·        Bola
·        Penyodok
·        Alat muzik
·        Patung
·        Puzzle
Pra sekolah
·        Galakkan bermain dengan kanak-kanak lain
·        Bacakan buku kepada mereka
·        Bawa mereka ke taman, pantai untuk meneroka dengan lebih luas
·        Atur masa menonton televisyen sebaik-baiknya
·        Teddy bear
·        Rumah mini
·        Trak, kereta, kapal terbang
·        Permainan tukar-tukar baju
·        Permainan kerjaya (doktor, juru rawat, cikgu dll)
·        Buku
·        Alat-alat seni
                                                          Sumber : majalah Nur (2012)
Oleh itu, teddy bear amat sesuai untuk dijadikan barang permaianan bagi kanak-kanak dan pelbagai peringkat umur. Maka jika ANDA BERMINAT boleh la melayari blog kami dan facebook kami yang menyediakan pelbagai jenis produk berasaskan teddy bear !!!!!

Friday 23 December 2011

“Teddy Bear Istimewa”


Teddy Bear Istimewa ini merupakan produk yang dikeluarkan oleh perniagaan kami iaitu Perniagaan Aishiteru Gift, yang direka khas berkonsepkan ala Korea dan Jepun.


Produk ini juga sesuai untuk semua peringkat umur, bangsa tidak kira samada bangsa melayu, cina mahupun india, dan yang lebih utama produk ini sesuai untuk golongan yang berpasangan tidak kira yang sudah mendirikan rumah tangga atau yang sedang hangat bercinta.


Contoh-contoh Teddy Bear Istimewa :






Teddy Bear yang digunakan untuk menghasilkan Teddy Bear Istimewa ini merupakan teddy bear yang berkualiti dan boleh memenuhi citarasa ramai.


Tambahan lagi, kelebihan perniagaan ini pelanggan boleh memilih warna, dan jenis teddy bear yang digemari oleh bakal pemilik produk ini untuk dijadikan Teddy Bear Istimewa kerana perniagaan kami mengutamakan kepuasan pelanggan.






Thursday 22 December 2011

MOTIVATION

Motivation (Basic Knowledge)
Motivation is the willingness of employees to exert effort to achieve business goals. Motivating people to perform to the best of their ability and in ways that benefit the business organization has always been important issues for managers at all level of a firm. For example, just one poorly motivated employee in a restaurant can generate many customers complaint and the loss of future customers. There is no signal measure which can guarantee continued high levels motivation; through HR theorists have put forward a number of theoretical frameworks that might help.
In a practice sense, however, there are a number of ways a business owner can enhance motivation and performance. At a basic level, a satisfactory level of pay is necessary. As a proponent of “equity theory” point out, employees the gap between their remuneration and those of others is too great. In many industries, performance – based pay (payment per item produced), commission-based sales, wage incentive schemes and profit-sharing plan. Although the evidence is the is far from clear, such programs also appear to provide improved financial returns for firms as well.
Other action that we believed to improve employee motivation include allowing employees to work flexible hours, including them in decision-making about critical business goal, providing them with an opportunity to purchase share (equity) in the firm, and ensuring that reward systems match individual needs. For employees with a high need for personal achievement, the opportunity for advancement or for assuming a higher level of responsibility can be an important incentive. Such measure are also conductive to the development of an entrepreneurial culture within the firm. Lastly, the important is very important part in business life to develop the good and excellent employees and also to get the high return in financial side. 

Sambungan sejarah daripada Aishiteru gift

Ramai antara kita terutama sekali wanita dan kanak-kanak begitu menggilai anak patung atau ‘teddy bear’. teddy bear ini menjadai pilihan yang tepat bagi sang jejaka untuk memujuk si gadis yang sedang merajuk ataupun memujuk anak anak-anak kecil. Terdapat pelbagai bentuk teddy bear dalam pelbagai saiz yang boleh didapati di pasaran dengankadar harga berpatutan.  Ia menjadi trend pada masa kini sebagai hadiah pemberian kepada seseorang. Namun tahukah kita asal usul teddy bear yang kita sentiasa usung itu?? kami ashiteru gift ingin membongkar sejarah yang sekian lama tersimpan buat pelanggan kami aishiteru gift.. berikut adalah gambar lakaran daripada Clifford Berryman dalam The Washington Post pada  November 16, 1902.








                                                                                                                         Lukisan  American Black Bear






gambaran yang telah dilukiskan oleh
Clifford Berryman dalam The Washington Post pada  November 16, 1902

salam aishiteru gift

Sejarah Teddy Bear

Salah satunya produk dari aishiteru gift adalah teddy bear. Teddy bear adalah mainan dalam bentuk boneka yang berwujud beruang, biasanya boneka ini dijahit dan digunakan untuk mainan kanak-kanak. Sekarang ini harga teddy bear mencecah ratusan ringgit dan paling menarik ialah rekaan dan hiasan dengan mengunakan teddy bear amatlah pelbagai dan kreatif.
Nama teddy bear muncul pada bulan November 1902, ketika presiden amerika syarikat waktu itu adalah Theodore Roosevelt mengikuti hunting trip di Mississippi yang diundang oleh Governor Mississippi Andrew H. Longino.pada masa pertandingan itu, banyak pemburu yang telah berjaya menembak sesuatu. Ketika itu Roosevelt, holt Collier menangkap dan cuba untuk mengingkat  American black bear tatapi bear menikamnya di sepohon pokok willow. Holt kemudian memanggil Roosevelt dan menyarankan untuk menembak beruang itu. Roosevelt menolaknya karena tidak mencerminkan sikap sportsmanship yang baik. Tetapi ia memerintahkan agar beruang itu dibunuh untuk melepaskannya dari penderitaan.
Apa yang dilakukan Roosevelt digambarkan dalam kartun politik di the Washington post oleh Clifford berryman pada November 16, 1902. Morris Michtom tercetusnya idea apabila  melihat gambar pada akhbar tersebut dan terinspirasi untuk membuat sebuah mainan yang diberi nama “teddy bear”. Nama tersebut terlebih dahulu itu diminta izin dari Roosevelt. Maka akhirnya, Michtom membuat fabrik Ideal Novelty and Toy Co, yang masih berdiri hingga sekarang. Tahun 1906 permintaan terhadap Teddy bears meningkat, wanita sering membawa teddy bearkemanapun,dan diminati oleh kanak-kanak. Diantara teddy bear yang paling popular dipasaran ialah  teddy bears seperyi Rupert, Sooty, Paddington, Winnie-the-Pooh, Corduroy, Teddy Tells Time, and Teddy Dressing.
 Kami dari aishiteru gift menganggap sejarah teddy bear itu sendiri amat penting bagi memastikan produk aishiteru gift seiring dengan sejarah tersebut. Maka dengan sejarah yang dipaparkan akan member sedikit maklumat mengenai teddy bear yang boleh di hias dengan pelbagai rekaan dan sesuai dengan pelbagai suasana. Salam Aishiteru gift

Wednesday 21 December 2011

Aishiteru Gift

Assalamualaikum, salam perkenalan dari aishiteru gift buat semua. Nama aishiteru gift dipilih sempena produk kami yang menekankan konsep kasih sayang yang membawa maksud "i love u, i love, saya sayangkan awak or saya sayangkan". Aishiteru gift ini ditubuhkan pada Oktober 2011 oleh 6 0rang rakan kongsi yang bercadang untuk memulakan perniagaan seperti menjual cenderamata sempena konvokesyen, bunga konvokesyen, teddy bear dan pelbagai cenderamata berkonsep ala jepun(aishiteru gift). Selain itu, aishiteru gift juga menyediakan perkhidmatan penghantaran ke seluruh Malaysia termasuk Sabah dan Sarawak*. Produk aishiteru gift amat bersesuian kepada semua golongan termasuk golongan kanak-kanak, remaja mahupun dewasa. Untuk permulaan perniagaan kami bertapak di Gong Badak, Kuala Terengganu, Terengganu. Kepada yang berminat bolehlah menghubungi kami di talian 0139113929. salam Aishiteru gift.